Anion Love Moon

Anion Love Moon
Badan kita adalah amanah Allah yang perlu dijaga sebaiknya.
.....SALAM AIDILFITRI.....

Thursday, September 1, 2011

PENGALAMANKU : diisytihar sebagai pesakit SLE


Saya telah didiagnos sebagai pesakit SLE (Sistemik Lupus Erithematosus) pada tahun 2007 setelah menerima tawaran ke UPM (Universiti Pertanian Malaysia) pada waktu itu. Sebelum itu, saya diserang sakit sendi yang teruk, dan amat menyedihkan, saya seolah tiada harapan untuk hidup lama...

Sesungguhnya, tiada yang dapat mengatasi ketentuan Allah, yang mustahil itu seringkali menjadi kenyataannya...Subhanallah, Maha Suci Allah, tiada daya dan upaya saya melainkan dengan kudrat dan izinNya, saya semakin sihat walau tiada kesembuhan...Alhamdulillah, usaha para pakar yang begitu profesional di HUKM
(Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia) atau kini dikenali sebagai PPUKM (Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia) telah mendapat keizinan Allah untuk menyembuhkan dan mengembalikan saya kepada fitrah sebagai hamba Allah di muka bumi ini agar saya dapat meneruskan tanggungjawab dan tujuan saya dihidupkan, untuk beribadah kepada Allah S.W.T.

Seperti penyakit yang lain, ada juga pasang surutnya. Kadang-kadang ia kembali aktif menyebabkan saya terpaksa mengambil streoid sehingga 80mg dan kadangkala menghadapi sesi kemoterapi (cyclo), lumpuh dua(2) kali sehingga terpaksa diambil air tulang belakang dan mengikuti fisioterapi untuk betulkan kembali urat saraf yang dah ketat juga rawatan cucian darah.

Terima kasih kepada UPM yang banyak menyokong dan membantu saya sepanjang rawatan di HUKM. Budi baik pihak tuan amat saya hargai, hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya. Kos rawatan yang terlalu tinggi, bersama kesihatan yang teruk menyebabkan saya tertekan sehingga terpaksa menangguh dua(2) kali sesi pembelajaran dan sering keluar masuk wad. Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya juga mendapat Diploma Pertanian dengan sokongan dan keperihatinan pensyarah-pensyarah yang baik hati dan pihak universiti yang begitu supportive.

InsyAllah, akan saya kongsikan lagi pengalam
an saya tentang SLE dan kehidupan saya...:)
Wallahu'alam.

PENGALAMANKU : Pad Anion, Ikhtiar Pencegah & Penyembuh Penyakit

Pendedahan abad ini iaitu Peralatan Kebersihan Yang Pertama dipatenkan Di Dunia (169 negara) adalah Tuala Wanita Anion 'Love Moon'

Kini....mulai dipasarkan di Malaysia Love Moon-Anion, tuala wanita berteknologi tinggi, satu-satunya tuala wanita yang menggunakan Teknologi Ion negatif untuk mencegah bakteria, mengatasi keputihan, menghilangkan bau tidak selesa, menjaga kestabilan hormon, meningkatkan metabolisme pada wanita dan mencegah terjadinya kanser.

Keajaiban Anion

Setiap sentimeter padu pada Anion di dalam setiap tuala wanita anion "Love Moon" mampu mengeluarkan 6070 anion. Keamatan anion ini boleh menyekat pertumbuhan bakteria dan virus pada tuala wanita tersebut. Boleh dikatakan dalam banyak masalah yang berkaitan 'peribadi wanita' disebabkan oleh bakteria yang selama ini dipandang rendah.

Pad Anion Love Moon ini juga boleh membebaskan oksigen yang banyak, mempunyai pH yang seimbang dan menggalakkan metabolisma yang memberi kesan seperti memperbaiki rembesan, menguatkan imunisasi, mengurangkan tekanan, menghapuskan bakteria, merawat jangkitan, membasmi bau busuk, menyingkirkan kelesuan dan sebagainya.

Jadi fikir dan bersedialah untuk mengubahnya..Anda mampu mengubahnya!!

Anda akan rasa selesa sehingga tidak menyedari akan kewujudanya walaupun anda sedang memakainya.

Ingin rasa pengalaman seperti saya? Hubungi saya, dengan izin Allah usaha anda akan ada hasil & keberkatanNya...wallahu'alam.

Saturday, August 27, 2011

KEMBALI SEMULA.

Assalamualaikum wrh. wth.

Setelah setahun lamanya saya tinggalkan blog ini sehingga hampir lupa akan kewujudannya, saya dikejut oleh kawan-kawan yang mula berjinak-jinak untuk menjadi blogger. Terdetik untuk menjengah semula blog yang telah sekian lama saya tinggalkan. Mula memanggil semula ingatan yang tertinggal untuk kembali menitip kata di sini.

Kali ini, saya terasa seperti ingin berkongsi pengalaman kehidupan saya, seorang pesakit kronik yang melalui pelbagai pengalaman dalam meneruskan perjuangan hidup sebagai hambaNya.

InsyaAllah, ada waktu dan kesempatan dikurniakan Allah, saya akan menyambung semula titip kata tentang menjadi seorang manusia yang dulu hampir tersungkur dan putus asa, kini semakin bahagia dan gembira...wallahualam.

Sehingga bertemu lagi.
Wassalam.

Sunday, September 27, 2009

Dakwah berkesan dengan fahami jiwa remaja.

DALAM kita miniti kehidupan sehari, dari soal membuat keputusan mahupun bersuara kita sering terlepas pandang soal pokok dalam menyatakan sesuatu. Kita seolah fokus dan terlalu obses dalam mempercayai setiap tindakan kita adalah benar tanpa mengambil kira pandangan lain.

Di antara kontradiksi yang berlaku sejak kebelakangan ini benar-benar mencetus suatu paradigma yang menyumbang kepada perspektif yang ingin saya rungkaikan.

Keputusan Pemuda Pas yang menggesa pembatalan konsert Beyonce juga saya kira suatu arahan yang tidak bermatlamat.

Adakah cuma ini sahaja jalan yang difikir releven untuk menyingkirkan pengaruh negatif dinegara kita ini? Bagaimanakah pula konsert artis tempatan kita, adakah mereka berpakaian jauh lebih baik dari Beyonce?

Jangan salah faham, saya juga bukan menyokong acara tersebut, tapi sekadar memberi pandangan.

Mungkin ramai yang memberi rasional bahawasanya pengamalan agama perlu pendekatan yang holistik, tetapi yang pasti bukan dalam keadaan yang drastik sebegini.

Tarbiah Nabi juga pada para sahabat juga dengan kaedah berperingkat. Tuhan faham limitasi manusia dalam membuat perubahan lantas tidak menurunkan perintah agama secara keseluruhan contohnya pembentukan iman, perintah solat, larangan meminum arak dan sebagainya.

Tetapi kita pula makhluk ciptaan memilih tarbiah yang drastik sedangkan kita sendiri dapat jangkakan penolakkan bakal berlaku.

Memang sesungguhnya fundemental dalam Islam tidak mengkompromi dalam soal urusan akidah dan hukum hakam, namun realitinya kita sedar negara kita sendiri telah tersasar jauh dari konsep sebagai negara islam, jadi perlu ada hikmah dalam setiap keputusan diambil.

Saya bukan ingin menggalakkan taqiyya, tetapi terkadang dengan menggunakkan kaedah prinsip lesser evil itu perlu.

Mungkin kita dapat cadangkan kepada kerajaan, jika artis tersebut ingin membuat persembahan, beri mereka kod etika pemakaian dalam membuat persembahan dan pastikan garis panduan itu juga perlu ditetapkan kepada semua artis dinegara ini dan barulah tiada sebarang kontradiksi dan pertikaian akan berlaku.

Kita tidak mahu anak muda dan rakyat membenci serta mereka lari jauh dari kita dan akhirnya sukar untuk kita mendekati mereka kerana hati mereka telah tertutup untuk melakukan perubahan kerana tiada ruang persefahaman.

Yang pasti saya selaku anak muda memang menginginkan perubahan tetapi bukan dalam suasana yang begini, saya juga faham manusia itu adalah mahluk yang paling fleksibel namun walaubagaiman pun mereka juga memerlukan waktu untuk beradaptasi dengan sesuatu yang baru.

Naif bila kita fikirkan dengan perkataan dan perbuatan kita dapat mengubah seseorang sedangkan perubahan itu sendiri adalah dengan izin Tuhan.

http://www.demokrazi.com/2009/09/dakwah-berkesan-dengan-fahami-jiwa.html
Sumber : mStar Online.

Sunday, August 23, 2009

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK.

Sesungguhnya Ramadhan ini memang bulan yang sangat diberkati. Malam pertama Ramadhan, adik saya dari Kuala Lumpur telah sampai untuk sama-sama bersahur, puasa dan berbuka di rumah kami di Manjung. Saya tahu, keluarganya dalam keadaan gawat sekarang namun semangat kekeluargaan yang kuat itu mendorong dia dan suaminya pulang bersama anak dan seorang lagi adik yang tinggal bersama-sama mereka.

Lebih meriah lagi, puasa yang pertama kami berbuka di rumah Along Linda, sepupu kami yang paling rapat, paling mesra dengan kami dan arwah mak di Kg. Nyior Tg. Belanja. Abang Fendi suaminya agak lewat kerana lembunya keluar merayap entah ke mana. Jadi kena la diturut, risau jadi apa-apa pulak dalam hutan malam-malam ni.

Berbuka ala kadar tetapi masakan kegemaran kami gulai tempoyak serta sambal tempoyak mesti tak tinggal. Along memang dah biasa dengan selera kami adik-beradik. Peliknya, masakan along memang sama dengan air tangan mak. Sebab tu kami rajin ke rumahnya.

Esok, hari pertama kerja untuk Bulan Ramadhan ni. Lusa dah ada Majlis Berbuka untuk wajib dihadiri. Sabtu ni ada majlis dengan Menteri Besar Perak. Nak kena prepare skrip juruacara lak. Adik kata nak sambung cuti sampai Selasa. Hari ini ayah kata nak berbuka sekali dengan kami di sini.

Bila ramai-ramai begini, tentu-tentulah arwah mak dalam ingatan kami. Emak la yang paling tak menang tangan di rumah ni. Susah macam mana pun kami, mak tetap ada menunya tersendiri untuk kami. Semoga Allah mencucuri rahmatNya untuk ibu kami di sana...:-)

Selamat Berpuasa...:-)

Sunday, August 2, 2009

PERHIMPUNAN MANSUHKAN ISA.

Berita yang begitu mengejutkan saya melihatkan keadaan huru hara akibat perhimpunan yang diadakan. Saya menjangkakan yang perhimpunan ini akan berlaku secara aman, sekadar memberi isyarat kepada mereka yang berkenaan tentang isu ini.

Namun saya tidak pasti sama ada kekacauan ini disebabkan oleh mereka yang berhimpun atau pihak yang sepatutnya mengawal keadaan ketika itu. Saya tidak menyalahkan pihak polis khususnya FRU yang kelihatan begitu gah beraksi untuk menakutkan ahli himpunan namun pada hemat saya, rakyat Malaysia tidak seperti rakyat luar negara. Kalau tidak diacah masakan mereka melatah...

Seharusnya pihak berkuasa yang ada di situ tidak memprovok keadaan dengan memberi arahan untuk bersurai kerana dalam jumlah mereka yang ramai kemungkinan kebanyakan sekadar penonton atau pemerhati, arahan tersebut sudah pasti manambah emosi dalam diri mereka. Sebaiknya pihak tersebut sekadar mengawasi dan memerhati tindakan mereka yang saya yakin tidak berniat jahat.

Kalau dapat dikurangkan salah faham orang ramai terhadap pihak berkuasa terutama polis, bukankah itu lebih baik. Cuba kaji pandangan orang awam tentang tindakan pihak berkuasa terhadap orang ramai dan jangan bertindak mencabar emosi mereka. Saya yang sering berkomunikasi dengan orang kampung banyak mendapat maklum balas berkenaan pihak polis ini. Mereka tidak menyalahkan semua anggota dan mereka tau semua kerana terpaksa. Cuma mereka kesalkan mereka yang berada nun di atas sana seperti tidak memikirkan orang disekelilingnya.


PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Friday, July 17, 2009

SEHARI DALAM SEJARAH...:-)

Semalam, subuh2 gokge dah keluar rumah bertolak ke Kuala Lumpur untuk urusan rutin setiap bulan. Kali ni alhamdulillah, adik yang drive. Kalau tak terpaksa la drive sendiri.

Perjalanan pergi tu ok la juga cuma jam gila sebab dari tujuh(7) lorong berebut nak masuk tiga(3) lorong. Balik tu sempat jumpa adik kat sekolah dia, ambil barang.

Masa kat Sabak Bernam, punya la panjang kereta berbaris sampai traffic light tu entah berapa kali dah hijau merahnya. Yang jenis tak sabar tu, mula la potong Q. Nyaris2 nak acccident pun ada. Rupa2nya pakcik polis buat roadblock. Memang tak faham, entah berapa bakul agaknya diorang kena maki. Dah la time tu orang baru balik keje, penatnya toksah cerita. Entah apa yang diorang cari pun tak tau... Kalau ya pun, cari la masa yang sesuai...

Lepas hantar adik kat Manjung, rushing lak ke Seri Iskandar. Nak ambil kunci pejabat kat Radzy, esok nak menyambut orang Sabah dan Sarawak ke Perak Tengah. Sempat la juga minum kat kedai Sabila tu. Terima kasih la Fazi sebab belanja akak minum.

Tak lama kitorang makan, Fazi terima panggilan kemalangan membabitkan motor dan kereta di selekoh hadapan pencawang RTM yang dah lama ditutup tu. Kira tak jauh la juga dari tempat kitorang tu. Dengar2nya kereta tu masuk longkang dan penunggang motor tu tak sedar diri. Tak lama kemudian ambulance dari Changkat Melintang berlalu dengan sirennya diikuti ambulance dari Klinik Lambor Kiri. Orang dari Pejabat Kesihatan Daerah pun bergegas ke sana.

So...apa tunggu lagi, semua pun bergerak. Radzy kena edar buku penerbitan kat UTP. Majlis Tilawah Kebangsaan masih berlangsung di sana. Dan saya pun nak balik berehat...