Anion Love Moon

Anion Love Moon
Badan kita adalah amanah Allah yang perlu dijaga sebaiknya.
.....SALAM AIDILFITRI.....

Thursday, March 5, 2009

TAKLIMAT ISU-ISU SEMASA







Program : Taklimat Isu-Isu Semasa Bil 2/2009
Kementerian Penerangan Malaysia
Tempat : Auditorium Perdana, Angkasapuri
Tarikh : 04 Mac 2009
Masa : 7.30 pagi - 6.00 petang

Seramai lima penceramah khas dijemput bagi menjayakan sesi taklimat dan menyentuh pelbagai isu hangat yang berlaku di dalam negara kini. Majlis turut disertai oleh Dato' KP, Yang Berhormat Dato' Abdullah Morad. Para peserta terdiri daripada pelbagai agensi di bawah Kementerian Penerangan Malaysia di seluruh Semenanjung Malaysia.

Berikut isu yang diperjelaskan oleh ahli panel yang dijemput :

1. Perkembangan Semasa Politik Negara : Mendapat Semula Keyakinan Rakyat.
oleh : YB Senator Tan Sri Dato' Muhammad bin Muhammad Taib
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

2. Isu Kemelut Politik Negeri Perak : Perspektif Perlembagaan Negara.
oleh : YB Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim
Menteri Luar Negeri

3. Membina Kekuatan, Meraih Kejayaan.
oleh : YB Dato' Ahmad Shabery bin Cheek
Menteri Penerangan Malaysia

4. PPSMI - Isu dan Cabaran.
oleh : Y.Bhg Dato' Hj. Alimuddin bin Hj. Mohd Dom
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

5. Isu Semasa Keselamatan.
oleh : YB Dato' Seri Syed Hamid Syed Jaafar Albar
Menteri Dalam Negeri

Perjumpaan sebegini biasanya menemukan kami dengan kawan-kawan yang jauh dan yang lama tak berjumpa. Tak kira senior maupun junior. Masa ni la yang junior nak kenal senior. Sempat jumpa Azrai (Penghulu Induksi) kat pagar masuk. Tapi biasa la, orang tengah on duty, muka serius gila. Tak berani nak tegur lebih-lebih. Sememangnya seronok sangat jumpa member induksi yang baru ditinggalkan dua hari sebelum tu. Lepas rindu la juga...:-)

Monday, March 2, 2009

Kawan Baru...:-)







Kumpulan 5 (Tip Top)



Menyusur bawah tali...:-)





Malam persembahan...:-)



Permainan dalam kumpulan...:-)



Program : Kursus Induksi Modul Umum
Kementerian Penerangan Malaysia
Bil. 1/1009.
Tempat : Kem Latihan Felda Residence Trolak.
Tarikh : 22 Februari - 1 Mac 2009

Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga menghabiskan kursus sepanjang lapan hari ini. Memang seronok namun tetap ada pahitnya juga. Nak buat macam mana, dah terlepas satu program senaman pagi menyebabkan nama beberapa orang peserta akan dibawa ke pihak atasan kerana alasan tidak diterima. Entah la... bukan sengaja tak nak turun tapi memang tak dapat maklumat. Insya-Allah...ada rezeki, luluslah... jika tidak, ada la hikmahnya tu.

Saya dimasukkan dalam kumpulan 5 yang sepakat dengan nama Tip Top. Semuanya baru dikenali di sini. Kebanyakannya sudah berkahwin walaupun majoriti masih muda.

Berikut senarai ahli Kumpulan Tip Top :
1. Muhammad Farid Bin Abdul Jalil
2. Mohd Fadzli Bin Abdul Rahman
3. Mohd Hasbi Bin Osman
4. Zahari Bin Hashim
5. Shahrunnizam Bin Mofit
6. Mohamad Rostam Bin Rabu
7. Nor Arqam Bin Nordin
8. Nurulhuda Bt Yusof
9. Mazuria Bt Zulkifli
10. Suhaila Bt Sulaiman
11. Sharifah Zuraidah Bt Syed Zubin

Mereka ni hebat-hebat belaka. Farid adalah ketua kumpulan kami dan dia juga merupakan peserta lelaki terbaik bagi kursus ini. Peserta wanita terbaik juga kawan saya dari batch yang sama, Suriati Bt A. Karim.

InsyaAllah, kalau rajin saya download gambar yang lebih clear dan cantik nanti dengan videonya sekali. Boleh juga tengok kat dalam facebook dan friendster saya...:-)