Anion Love Moon

Anion Love Moon
Badan kita adalah amanah Allah yang perlu dijaga sebaiknya.
.....SALAM AIDILFITRI.....

Sunday, August 23, 2009

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK.

Sesungguhnya Ramadhan ini memang bulan yang sangat diberkati. Malam pertama Ramadhan, adik saya dari Kuala Lumpur telah sampai untuk sama-sama bersahur, puasa dan berbuka di rumah kami di Manjung. Saya tahu, keluarganya dalam keadaan gawat sekarang namun semangat kekeluargaan yang kuat itu mendorong dia dan suaminya pulang bersama anak dan seorang lagi adik yang tinggal bersama-sama mereka.

Lebih meriah lagi, puasa yang pertama kami berbuka di rumah Along Linda, sepupu kami yang paling rapat, paling mesra dengan kami dan arwah mak di Kg. Nyior Tg. Belanja. Abang Fendi suaminya agak lewat kerana lembunya keluar merayap entah ke mana. Jadi kena la diturut, risau jadi apa-apa pulak dalam hutan malam-malam ni.

Berbuka ala kadar tetapi masakan kegemaran kami gulai tempoyak serta sambal tempoyak mesti tak tinggal. Along memang dah biasa dengan selera kami adik-beradik. Peliknya, masakan along memang sama dengan air tangan mak. Sebab tu kami rajin ke rumahnya.

Esok, hari pertama kerja untuk Bulan Ramadhan ni. Lusa dah ada Majlis Berbuka untuk wajib dihadiri. Sabtu ni ada majlis dengan Menteri Besar Perak. Nak kena prepare skrip juruacara lak. Adik kata nak sambung cuti sampai Selasa. Hari ini ayah kata nak berbuka sekali dengan kami di sini.

Bila ramai-ramai begini, tentu-tentulah arwah mak dalam ingatan kami. Emak la yang paling tak menang tangan di rumah ni. Susah macam mana pun kami, mak tetap ada menunya tersendiri untuk kami. Semoga Allah mencucuri rahmatNya untuk ibu kami di sana...:-)

Selamat Berpuasa...:-)