Anion Love Moon

Anion Love Moon
Badan kita adalah amanah Allah yang perlu dijaga sebaiknya.
.....SALAM AIDILFITRI.....

Thursday, September 1, 2011

PENGALAMANKU : diisytihar sebagai pesakit SLE


Saya telah didiagnos sebagai pesakit SLE (Sistemik Lupus Erithematosus) pada tahun 2007 setelah menerima tawaran ke UPM (Universiti Pertanian Malaysia) pada waktu itu. Sebelum itu, saya diserang sakit sendi yang teruk, dan amat menyedihkan, saya seolah tiada harapan untuk hidup lama...

Sesungguhnya, tiada yang dapat mengatasi ketentuan Allah, yang mustahil itu seringkali menjadi kenyataannya...Subhanallah, Maha Suci Allah, tiada daya dan upaya saya melainkan dengan kudrat dan izinNya, saya semakin sihat walau tiada kesembuhan...Alhamdulillah, usaha para pakar yang begitu profesional di HUKM
(Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia) atau kini dikenali sebagai PPUKM (Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia) telah mendapat keizinan Allah untuk menyembuhkan dan mengembalikan saya kepada fitrah sebagai hamba Allah di muka bumi ini agar saya dapat meneruskan tanggungjawab dan tujuan saya dihidupkan, untuk beribadah kepada Allah S.W.T.

Seperti penyakit yang lain, ada juga pasang surutnya. Kadang-kadang ia kembali aktif menyebabkan saya terpaksa mengambil streoid sehingga 80mg dan kadangkala menghadapi sesi kemoterapi (cyclo), lumpuh dua(2) kali sehingga terpaksa diambil air tulang belakang dan mengikuti fisioterapi untuk betulkan kembali urat saraf yang dah ketat juga rawatan cucian darah.

Terima kasih kepada UPM yang banyak menyokong dan membantu saya sepanjang rawatan di HUKM. Budi baik pihak tuan amat saya hargai, hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya. Kos rawatan yang terlalu tinggi, bersama kesihatan yang teruk menyebabkan saya tertekan sehingga terpaksa menangguh dua(2) kali sesi pembelajaran dan sering keluar masuk wad. Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya juga mendapat Diploma Pertanian dengan sokongan dan keperihatinan pensyarah-pensyarah yang baik hati dan pihak universiti yang begitu supportive.

InsyAllah, akan saya kongsikan lagi pengalam
an saya tentang SLE dan kehidupan saya...:)
Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment