Sekarang ni memang la bersepah-sepah buah durian kat Perak Tengah ni. Masa diorang sibuk-sibuk menelaah durian ni... kat IPD Seri Iskandar pun tengah bersiap-siap untuk pesta makan durian di sana. Memandangkan saya ada hal, tak dapat la merasa... rasa yang diorang kerjakan yang ni aje la...:-)
13 Julai 2009...
Monday, July 13, 2009
MUSIM DURIAN...:-)
Sunday, July 12, 2009
ANAK-ANAK PPD...:-)
NAJWAKU SAYANG...:-)
Ha... comel tak anak buah saya. Nur Qistina Najwa, anak adik saya Zaiton dan Rozely atau nama glamernya Sham. Satu-satunya anak saudara saya. Umurnya dah dua(2) tahun dua(2) bulan... kalau tak silap la...:-)
Kalau dia comel... tentu tentu la mak yong dia pun comel...:-) Harap-harap nanti dapat anak buah lelaki pulak... saya dah ada dua(2) adik yang dah kahwin... tak lama lagi nak tambah adik ipar lagi. Kira... banyak pilihan la jugak...:-)
BENGKEL PEMANTAPAN ORGANISASI BAGI PEMBANTU PENERANGAN NEGERI PERAK
Krisha IPN dan Norul PP baru Perak Tengah.
Antara peserta yang hadir.
Adik-adik kesayangan...Adie dan Fasha...:-)
Antara barisan pegawai dari IPN Perak.
Antara peserta yang hadir.
Program : Bengkel Pengukuhan Organisasi Bagi Pembantu Penerangan Negeri Perak Dari Ridzuan.
Tarikh : 12 Mei 2009
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan Serbaguna Bangunan Persekutuan Kinta.
Kami diberi taklimat oleh para pegawai dari semua cawangan di Ibu Pejabat Negeri berkenaan tugas dan tanggungjawab kami.
Tapi biasala... banyak isu-isu berbangkit yang sememangnya tak dapat diselesaikan oleh pihak atasan. Cuma... saya sebagai antara PP di Jabatan ini, mohon sangat-sangat pihak ibu pejabat dapat memahami keadaan kami yang kadangkala begitu tertekan dalam memenuhi permintaan pihak ibu pejabat...
Kami telah sedaya upaya buat yang terbaik untuk jabatan... dan segala kekurangan dan kesilapan itu bukanlah kami sengajakan... kami juga manusia biasa...:-)
DULU DAN SEKARANG...:-)
Saturday, July 11, 2009
Adik saya Alia dan anak2 saudara.
Keluarga Allahyarham Tok Ale.
Jumpa adik Hafiz sekejap sebelum ke Penang.
My car...on de way to Penang.
Konvoi dengan pakcik dan makcik.
Pada 29 April 2009 lalu, saya serta pakcik dan makcik saya telah ke Pulau Pinang untuk menziarah datuk saudara saya yang dipanggil Tok Ale, yang sedang sakit di Hospital Penang. Dan itulah kali terakhir saya berjumpa dengannya kerana keesokannya beliau telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Malam tu saya dan adik2 bercadang untuk ke rumahnya di Perlis tapi...lain pulak yang kena. On de way saya ke Manjung untuk berkumpul dengan adik2 sebelum ke sana, kereta saya accident dengan beberapa buah kereta di Jalan Ayer Tawar. So, malam tu juga kereta masuk bengkel lebih kurang 3(tiga) minggu. Adalah hikmahnya tu...:-)
Sayang saya tidak ada gambar arwah...dia orang yang pertama menemukan saya dengan penyakit saya sekarang. Kalau kerana dia yang bersungguh, mungkin saya tak dapat rawatan yang sepatutnya sedari awal. Itupun saya dah hampir hilang nyawa, alhamdulillah dengan izin Allah, segalanya dapat diatasi.
Wednesday, March 18, 2009
Tiada alasan meninggalkannya...







Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s
Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu ! sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada. Sentiasa menumpuk-numpukkan harta.
Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.
Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan diperluaskan saujana mata memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya.
Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.
Subscribe to:
Posts (Atom)













